Jumaat, 28/10/2011 – Pegawai kanan Hamas yang bertanggungjawab terhadap fail banduan, Salah Al-Aruri berkata baki sembilan tahanan wanita akan dibebaskan dari penjara Israel dalam masa beberapa hari lagi.
“Menurut janji yang dibuat oleh saudara kita di Mesir, sembilan tahanan wanita akan dibebaskan lebih awal daripada peringkat kedua perjanjian itu,”Aruri memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) Rabu lalu.
Media rasmi Hamas juga memberitahu PIC ketika mengulas mengenai ancaman untuk mencederakan tahanan Palestin yang dibebaskan Israel, mengatakan tidak ada jaminan Israel tidak akan menyerang atau menangkap kembali para tahanan itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz