Categories
Berita Semasa

Bahagian keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) tahan 7 penyokong Hamas

Jumaat, 28/10/2011 – Pihak keselamatan PA menahan 7 penyokong Hamas di Nablus dan al-Khalil, 5 daripadanya ditahan setelah dibebaskan dari penjara Junaid di Nablus.

Di daerah Nablus, pihak keselamatan PA menahan Zahi Kusa yang baru dibebaskan setelah menyerbu kediamannya malam semalam. Zahi Kusa sebelum ini telah lama ditahan di dalam penjara.

Dalam usaha untuk menentang arahan mahkamah yang mengarahkan pembebasan sejumlah tahana politik, pihak keselamatan PA menahan semula Darwish Saqer, Rami Isa dan Ahmad Mar’i pada Sabtu setelah mereka dibebaskan dari penjara Junaid di Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati