Jumaat, 28/10/2011 – Zionis dengan rasminya mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Mesir untuk pertukaran tahanan seorang perisik Israel Elan Garabel yang telah ditahan selama 4 bulan di Mesir dengan 25 tahanan Mesir dekat penjara Zionis.
Pejabat Perdana Menteri Zionis mengesahkan bahawa mereka telah mencapai kata sepakat bersama Mesir untuk menukar Elan Garabel, perisik milik Israel yang memegang kewarganegaraan Amerika, dengan 25 tahanan Mesir termasuk 3 kanak-kanak.
Sumber Politik Zionis melaporkan bahawa persetujuan untuk menukarkan tahanan di antara Kaherah dan Zionis dicapai setelah diluluskan oleh Majlis Menteri Zionis pada hari Selasa (25 Oktober, dan menekankan pada waktu yang sama bahawa warga Mesir yang bakal dibebaskan tidak terdiri daripada “pengacau keselamatan”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen