Jumaat, 28/10/2011 – Pada tengahari Ahad lalu, tentera rejim Zionis (IOF) telah menyerbu kawasan kejiranan Ras, yang terletak di Silwan, Jerusalem. IOF menggeledah beberapa buah rumah dan pejabat organisasi tempatan. Antara yang yang menjadi mangsa adalah Kelad Islam di Silwan yang mana perabot serta peralatannya dirosakkan.
Fakhri Abu Diab, seorang anggota Jawatankuasa Mempertahankan Tanah Silwan berkata bahawa IOF turut menggeledah rumah milik Kefah Sarhan serta merampas computer peribadinya, CD dan DVD anak-anaknya. Mereka juga merampas sejumlah besar wang yang diterima Sarhan daripada majikannya selepas tamat berkhidmat
dengan YMCA.
Institut Pembangunan Jerusalem yang terletak di Beit Hanina turut diserbu IOF, yang mana Sarhan sedang bekerja dan menangkapnya. Pada petang Ahadnya pula, IOF menyerbu Bandar Tulkarem yang terletak di utara Tebing Barat. Tentera tersebut membuat rondaan di jalan-jalan raya, mengganggu pejalan kaki, menahan dan menyoal-siasat mereka secara rawak.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa