Jumaat, 23/06/2006 – Harian Hebrew Al-Haretz berkata masjlis perundangan yang berkaitan dengan Parlimen Israel akan membincangkan satu usul untuk melanjutkan tempoh tahan tanpa bicara tahanan Palestin dan melarang mereka berjumpa dengan peguam selama 30 hari tanpa dihadapkan ke mahkamah.
Draf tersebut adalah daripada Kementerian Keadilan dan disokong oleh Shabak agen keselamatan Israel. Draf tersebut juga menyatakan tahanan Palestin dilanjutkan tempoh daripada diawasi oleh pemerhati undang-undang daripada 48 kepada 96 jam dimana Shabak akan mempunyai tempoh yang panjang untuk melakukan penderaan terhadap tahanan Palestin dalam memaksa mereka mengaku bersalah atas kesalahan yang bukan dilakukan mereka.