Jumaat, 23/06/2006 –
Menteri Wanita Palestin, Dr. Mariam Saleh mengesahkan beliau mempunyai hak melantik penasihat kementerian beliau dan menafikan khabar angin mengatakan beliau mahu mengurangkan kuasa dan pengaruh pegawai tinggi kerajaan.
Beliau melantik Rehab Shubair sebagai setiausaha, yang sedang menunggu lulusan daripada ketua pejabat kerajaan, Rezk Sayyed Ahmed sebagai penasihat kewangan dan Ala-Al-Remawi sebagai penasihat pentadbiran dan sebagai timbalan semasa ketiadaan beliau. Perlantikan ini telah diperuntukkan oleh kerajaan dan mengikut jalan yang sah.
Shubair telah menghadiri satu persidangan wanita di Mesir selama 3 hari dan telah mendapat sokongan padu semua delegasi. Menteri Palestin tidak diberi kebenaran untuk menghadiri persidangan tanpa sebarang alasan.