Sabtu , 05/11/2011 – Agensi Berita dan Maklumat Palestin melaporkan bahawa, pada hari Selasa, pihak berkuasa Israel telah melarang peladang-peladang rakyat Palestin dari memasuki ladang mereka yang terletak dibelakang Tembok Penggabungan di perkampungan Kufr Jamal, berdekatan dengan Tebing Barat Bandar Tulkarem.
Peladang-peladang tersebut memberitahu, askar-askar yang berpengkalan dipintu masuk penempatan haram “Salit”, telah menghalang mereka dan jentera mereka dari memasuki ladang kepunyaan mereka, serta memaksa mereka pulang ke rumah masing-masing.
Pintu masuk tersebut merupakan satu-satunya jalan masuk yang menghubungkan peladang-peladang itu dengan ladang mereka yang terletak dibelakang tembok berkenaan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar