Sabtu , 05/11/2011 – Satu laporan diterbitkan oleh akhbar British di London, The Guardian, pagi Isnin, mendedahkan Israel sedang mengembangkan senjata nuklear mereka, merancang untuk membangunkan peluru berpandu balistik antara benua, dan mahu meningkatkan keupayaan nuklear “serangan kedua”.
The Guardian juga melaporkan Israel mahu meningkatkan keberkesanan peluru berpandu automatik; yang direka untuk dilancarkan dari kapal selam mereka. Menurut akhbar harian Israel pula, Haaretz, Israel mempunyai tiga buah kapal selam, dan dua lagi sedang dibangunkan di Jerman. Ia juga melaporkan Israel dan Jerman sedang berbincang untuk penambahan kapal selam keenam.
Juga penting dinyatakan di sini yang Israel telah membangunkan peluru berpandu balistik antara benua darat-ke-darat “Jericho 3” yang dapat menyerang sasaran sejauh 5000 kilometer, dan merancang untuk menambah jarak sasaran.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep