Isnin, 26/06/2006 –
Helikoper bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk dan rumah awam Palestin pada Ahad (25/06/06) di bandar Rafah berhampiran selatan Semenanjng Gaza, menurut laporan tempatan.
Menurut mereka tembakan secara rawak tersebut di kawasan berhampiran sempadan di bandar Rafah menyebabkan kerosakan yang teruk kepada rumah dan menyebabkan keadakan kacau bilau di kawasan tersebut. Tentera penceroboh Israel telah bergerak seratus meter dari kawasan Rafah berikutan dari serangan tentera Palestin pada subuh pagi tadi yang membunuh sekurang-kurangnya dua askar Israel sementara yang ketiga dilaporkan hilang. Saksi berkata bahawa tentera Israel telah menembak secara rambang ke arah kawasan penempatan di kawasan ini.