Categories
Berita Semasa

Tentera laut rejim Israel menunda kapal bantuan Gaza ke Asdod

Khamis , 10/11/2011 –Bot-bot tentera laut rejim Israel memintas dua kapal bantuan Gaza: Hurreyah dari Ireland dan Tahrir dari Kanada yang cuba menembusi sekatan 5 tahun ke atas Semenanjung Gaza. Para pegawai rejim menaiki kapal-kapal tersebut dan menundanya ke Asdod.

Satu kenyataan oleh tentera laut rejim Israel berkata, pegawai-pegawai itu dalam perjalanan untuk menghentikan sekatan maritim di Semenajung Gaza dan ianya mematuhi undang-undang antarabangsa. Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, perbuatan memintas kapal-kapal itu merupakan tindakan berterusan oleh lanun Israel ke atas sesiapa yang cuba menembusi sekatan di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati