
Khamis , 10/11/2011 – Pihak berkuasa Israel telah membuka empangan air di Sanati, timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan banjir di kawasan rumah Palestin di bandar Abasan al-Kabira.
Datuk Bandar Abasan, Mustafa al-Shawwaf, memberitahu agensi berita Safa, 8 buah rumah di bandar ini telah ditenggelami banjir dengan ketinggian 70 hingga 90 cm dan penduduk kini sedang dipindahkan. Banyak jalan-jalan di Khan Younis selatan Semenanjung Gaza juga banjir akibat hujan lebat yang turun sepanjang malam di kawasan itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz