
Khamis , 10/11/2011 – Konvoi bantuan Miles of Smiles telah tiba di Gaza pada Jumaat lepas menjelang senja dengan melalui pintu sempadan Rafah selepas diberhentikan di sempadan Rafah oleh pihak berkuasa Mesir selama beberapa jam.
Sumber di Gaza memaklumkan Pusat Informasi Palestin bahawa konvoi bantuan tersebut yang dianggotai oleh 100 orang aktivis dari pelbagai negara Arab dan Eropah berjaya menyeberangi sempadan Rafah ke Gaza selepas terhenti selama 9 jam di Rafah. Sumber itu turut memaklumkan bahawa pihak konvoi masih berhubung dengan pihak berkuasa Mesir bagi membenar beberapa buah kenderaan lain yang sama-sama membentuk konvoi itu menyeberangi sempadan.
Dr. Esam Yousuf, Koordinator Umum Konvoi tersebut memuji usaha pihak Mesir terutamanya dalam hal berhubung pembebasan 1027 orang tahanan penjara berketurunan Palestin yang dipenjarakan di Negara haram Israel dalam satu perjanjian yang setakat ini telah beberapa bahagian dilaksanakan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa