
Isnin, 14/11/2011 – Tentera Israel menculik seorang pemuda dan dua orang kanak-kanak di Tebing Barat Hebron selepas memecah masuk ke dalam rumah-rumah mereka pada hari Jumaat waktu Subuh, agensi berita Palestin, Ma’an melaporkan.
Sumber tempatan menyatakan bahawa tentera tersebut memecah masuk rumah kanak-kanak tersebut di perkampungan al-Harayek, bahagian selatan Hebron. Kanak-kanak tersebut adalah Amjad Salhab dan ‘Eez ed-Deen Salhab, masing-masing berumur 13 dan 14.
Sumber-sumber menambah, sekumpulan askar Israel memecah masuk sebuah rumah yang lain di kampung Yatta berhampiran Hebron, menyebabkan berlakunya kerosakan pada perabot dan menahan Ahmad al-Shamesti, 21.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas