Categories
Berita Semasa

Keluarga Bekas Tahanan dihalang daripada melawat mereka di tempat buangan

Rabu,16/11/2011 – Pihak berkuasa Israel telah menghalang berpuluh-puluh keluarga Palestin daripada bertemu dengan anak-anak mereka, yang telah dibebaskan daripada penjara Israel pada bulan lepas di bawah perjanjian pertukaran banduan Shalit, dan telah dibuang negeri ke Syria, Turki, Qatar, dan Semenanjung Gaza, Berita Palestin & Info Agensi (WAFA) melaporkan.

Jaringan Eropah yang menyokong hak-hak tahanan Palestin, UFree, mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan bahawa tentera Israel menghalang penduduk Palestin lelaki, wanita dan kanak-kanak, daripada meneruskan perjalanan melalui Jambatan Allenby yang menghubungkan Palestin dan Jordan, ketika dalam perjalanan melawat ahli keluarga mereka yang dibebaskan.

UFree menambah kenyataan bahawa Israel menghalang ahli keluarga bekas tahanan, iaitu Mahmoud Qawasmeh, Ayman ‘Qfesheh, Ayman ‘Qfesheh, ‘Ala ‘Qfesheh, Murad Al-Rajoub , Majdi al-Jo’ba, Saed Shallada, Abdullah ‘Arra, Iyad ‘Obeyyat, and ‘Ubadah Bilal, dalam perjalanan melawat ahli keluarga yang dibebaskan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas