Categories
Berita Semasa

Sebuah Keluarga Warga Palestin di Silwan Diusir

Rabu,16/11/2011 – Pusat maklumat Wadi Hilweh di Silwan yang berpusat di Timur Jurusalem, melaporkan bahawa sebuah keluarga warga Palestin telah diberikan notis pengusiran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Baituimuqaddis dengan niat untuk menggantikan keluarga Palestine tersebut dengan peneroka berbangsa Yahudi.

Pusat maklumat tersebut juga menyebut bahawa keluarga itu diarahkan keluar dari rumah mereka sebelum 28 November.

Keluarga tersebut telah memfailkan beberapa rayuan pada Makhamah Daerah Israel dan Makhamah Tinggi Israel apabila persatuan peneroka fundamentalis El Ad menduduki tanah keluarga tersebut sejak tahun 1990.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon