
Rabu,16/11/2011 – Majlis Keselamatan PBB menjelaskan pada hari Jumaat bahawa, persetujuan gagal dicapai mengenai permohonan Palestin untuk mendapat keahlian PBB sepenuhnya.
Jawatankuasa Kemasukan Majlis Keselamatan PBB tidak berjaya mencapai kata putus mengenai hal tersebut, satu isu yang dianggap tamparan kepada warga Palestin, harapan yang semakin lama semakin menghampiri kegagalan.
Permohonan Palestin memerlukan 9 undi daripada Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai kata putus sama ada undi permohonan kenegaraan perlu dilaksanakan ataupun tidak.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep