
Rabu,16/11/2011 – Sumber Palestin menyebut bahawa tentera rejim Israel (IOF) menyerbu kediaman seorang tahanan yang dibebaskan, Somoud Karaja pada awal pagi di Kampung Safa di barat Ramallah dan menyerahkan notis mengarahkan beliau menjalani soalsiasat dengan pegawai Sabak di penjara Ofer.
Sumber tersebut turut menyatakan rejim Israel menahan keluarga Karajaan di luar rumah mereka sementara mereka menggeledah rumah sebelum menyerahkan notis. Karaja telah dibebaskan baru-baru ini dalam rundingan pertukaran tahanan yang dicapai di antara rejim dan Hamas. Beliau telah menjalani hukuman penjara 3 tahun daripada 20 tahun yang dijatuhkan ke atasnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati