
Rabu,16/11/2011 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, presiden otoriti Ramallah, Mahmud Abbas masih meletak harapan yang besar agar dapat berunding dalam projek Amerika yang telah terbukti kegagalanya.
Di sisi lain, Barhum mengkritik sikap Abbas yang tetap memilih berunding dalam menggapai perdamaian dengan Israel sejak dahulu.
Dalam keterangan akhbarnya, Ahad (13/11) Barhum menjelaskan, Abbas belum memberikan gambaran yang jelas terhadap masalah Palestin. Sikap Abbas seperti itu tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada bangsa.
Sebelumnya, Abbas mengumumkan bahawa kejayaan Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh di PBB sama sekali tidak bertentangan dengan proses perundingan. Beliau mengatakan, “Sekiranya kita berjaya mendapatkan keanggotaan di PBB, kita akan tetap melakukan perundingan. Kerana isu antara kita dan Israel tidak akan selesai di PBB, tetapi melalui perundingan”, katanya.
sumber : COMES
penterjemah : osman