
Jumaat , 18/11/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 6 orang rakyat Palestin di beberapa tempat berbeza di Tebing Barat menjelang Subuh Selasa lalu. 3 orang daripada mereka merupakan pemuda dari Kem Pelarian Doheisha yang terletak di selatan Baitullaham.
Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF menangkap 3 orang pemuda, yang mana 2 daripadanya adalah adik-beradik selepas menggeledah beberapa buah rumah di kem pelarian tersebut. Sementara itu, IOF telah menangkap 2 orang rakyat Palestin yang berusia lingkungan 30-an di Kampung Jalqamos, timur Jenin. Rejim tersebut turut menceroboh Kampung Maithalon di selatan Jenin tetapi tidak membuat sebarang tangkapan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa