
Jumaat , 18/11/2011 – Badan Al-Quds antarabangsa, dalam kenyataan akhbarnya Selasa (15/11) menegaskan, pernyataan seorang arkitek pemerintahan Israel di Al-Quds menyatakan, jambatan gerbang Al-Mugaribah akan segera dirobohkan. Pernyataan tersebut hanyalah manipulasi untuk menghancurkan jalan Al-Mugaribah dan digantikan dengan jambatan kekal yang telah mendapat lampu hijau dari ahli politik Israel.
Badan tersebut menyatakan, penundaan merobohkan gerbang jambatan al-Mugaribah, walaupun sudah mendapat persetujuan adalah kehawatiran pihak Israel akan terjadinya tentangan hebat yang mungkin tak diketahui hujungnya. Penghancuran jambatan Al-Mugaribah yang merupakan sebahagian daripada Masjid Al-Aqsa yang telah diganti dengan jambatan kayu ketika ini menimbulkan kemarahan dan tindakan demonstrasi besar-besaran warga Palestin di dalam mahupun di luar negeri, sama ada negara Arab ataupun negara Islam lain sejak Pebruari 2007 lalu, ini memaksa Israel menghentikan projeknya.
Sebelumnya, beberapa tokoh Al-Quds dan pihak-pihak berkait yang berada di bawah badan pengembangan Al-Quds di gerbang Al-Mugaribah telah mengingatkan secara serius penjajahan Zionis selama ini. Mereka juga bertekad untuk melaksanakan sesuatu ancaman berat jika niat Zionis dilaksanakan.
Penghancuran jalan gerbang Al-Mugaribah sama dengan menghancurkan sebahagian dari Masjid Al-Aqsa yang akan mengakibatkan suasana tidak stabil di dunia Arab mahupun Islam. projek jambatan kekal di gerbang Al-Mugaribah bererti Israel telah bersama-sama dengan kaum muslimin memiliki Masjid Al-Aqsa. Dengan demikian pihak keamanan dan kelompok migran Israel dapat dengan bebas masuk Masjid Al-Aqsa dengan jumlah yang banyak dan dengan kawalan keselamatan mereka yang lebih baik, ungkapnya.
sumber : COMES
penterjemah : osman