Tukar Tawanan: Rundingan Rahsia Israel

Rabu, 28/06/2006 – MP Dr. Mahmoud Al-Ramahi, setiausaha PLC berkata pada hari Selasa Israel mula menghantar perunding rahsia untuk berbincang mengenai penukaran tawanan penjara selepas penculikan tentera Zionis, Gilad Shalit, oleh kumpulan pejuang Palestin.

Ramahi yang enggan mengulas lanjut mengenai rundingan tersebut berkata Israel gagal dalam semua isu rundingan tawanan penjara dan bertanggungjawab di atas penculikan tersebut. Demonstrasi diadakan di jalan-jalan Israel menuntut kerajan Israel berunding dengan kerajaan Palestin dalam pembebasan Gilad Shalit.