Tukaran Maklumat Penculikan dengan Membebaskan Tahanan Wanita dan Anak-anak

Rabu, 28/06/2006 –

Sumber-sumber Israel menyebutkan bahawa Gerakan Hamas, Front Rakyat dan Pasukan Islam telah mengedarkan risalah yang menyeru pemerintah penjajah Zionis Israel membebaskan para tahanan wanita dan anak-anak Palestin yang berusia di bawah
18 tahun dengan tukaran maklumat berkenaan tentera Israel yang diculik oleh pihak Palestin.

Ahad (25/06) di pihak Israel keadaan heboh luar biasa kerana seorang anggota pasukannya, Gal?ad Shaled hilang dalam pertempuran bersenjata dengan pejuang Palestin. Pihak Zionis Israel yakin anggotanya yang hilang setelah peristiwa
serangan di sempadan Gaza itu masih hidup.

Israel mengancam akan melakukan serangan besar-besaran ke wilayah Semenanjung Gaza
jika tentaranya tidak dikembalikan dalam keadaan selamat. Pihak Israel menegaskan bahawa Hamas berada disebalik ?penculikan? tenteranya itu.

Harian Israel Ma?arev menyebutkan, dalam penyataan yang dikeluarkan ketiga-tiga
gerakan di atas mengandungi penegasan cadangan (tukar maklumat dengan tahanan wanita
dan anak-anak) ini sebagai usaha jalan tengah yang dilakukan pelbagai pihak untuk membebaskan tentera Israel tersebut.

Saluran 10 televisyen Israel menyebutkan, jurucakap gerakan Hamas menegaskan dalam penyataannya kepada media massa mengenai penyataan dari ketiga-tiga gerakan tersebut. Beliau menyatakan bahawa penyataan ini tidak bererti ketiga-tiga faksi
tersebut melakukan penculikan terhadap tentera Zionis Israel tersebut.