Pencerobohan ke atas Gaza menyatukan penduduk Palestin

Jumaat, 30/06/2006 –
Dengan melupakan perbezaan yang kadang-kala bertukar kepada keganasan, para pejuang dari pelbagai kumpulan telah bersatu di dalam menghadapi tentera Zionis.


?Kami bersama-sama dalam menghadapi tentera Zionis dan pencerobohan mereka,? kata pejuang daripada sayap bersenjata Fatah, Brigade Al-Aqsa kepada IslamOnline.net (IOL) pada Khamis 29 Jun.
Memakai lilit kepala yang tertera logo kumpulannya, beliau bersedia di belakang pelindung pasir di selatan Khan Yunis dengan seorang pejuang dari Brigade Ezzeldin Al-Qassam, sayap bersenjata HAMAS.

?Kami bersatu dalam menentang tentera Zionis,? kata pejuang Al-Qassam. ?Musuh ingin melaga-lagakan kami tetapi gagal,?. Beberapa orang penduduk Palestine telah terbunuh beberapa minggu lepas akibat perselisihan HAMAS-Fatah. Zionis telah menggerakkan kereta kebal, kenderaan berperisai dan beribu2 tenteranya ke Semenanjung Gaza, kononnya untuk menyelamatkan seorang tenteranya yang ditahan oleh pejuang Palestine.

Tembak-menembak belum bermula lagi tetapi kawasan Palestine telahpun digegarkan dengan tembakan peluru. Zionis telah merosakkan bekalan elektrik dan air kepada kebanyakan 1.3 juta penduduk di Semenanjung Gaza.

Bersatu

Para pejuang bergaul and bertukar-tukar berita dan spekulasi dibandar-bandar Jabalya, Beit Hanoun dan Beit Lahiya. Mereka berselindung di belakang dinding dan pelindung, bersedia menghadapi serangan Zionis.
Sudah beberapa hari pejuang Palestin telah menegakkan benteng pertahanan dan menutup pintu masuk ke kem pelarian di Gaza sementara Zionis mengumpulkan tenteranya.

Sambil membawa senapang rifles and pelancar anti-peluru, para pejuang bergerak di jalan-jalan pada waktu malam, bersedia menghadapi serangan. ?Mereka (tentera zionis) sengaja menempah maut jika datang ke sini,?kata seorang pejuang. Pejuang2 yang lain juga telah menanam periuk api buatan sendiri dan memasang pagar berduri berdekatan dengan kawasan sempadan. Di dalam kegelapan malam awal pagi Khamis lalu, tentera Zionis dan kereta kebalnya telah memasuki Semenanjung Gaza.

Gembira


Penduduk Palestin yang lain gembira melihat kerjasama antara para pejuang selapas berbulan berlakunya kekacauan.?Kami mempunyai musuh yang sama,? kata Abu Adel, 60 semasa pejuang2 tengah membina pelindung pasir berdekatan rumahnya.Kumpulan2 Palestin telah menubuhkan ?Jawatankuasa Krisis? untuk menghadapi serangan Zionis.?Kejasama antara kumpulan adalah amat kuat sekarang,? sumber yang rapat dengan kumpulan pejuang memberitahu IOL.?Mereka meningkatkan kerjasama dan menggunapakai segala kemahiran yang dimiliki oleh pelbagai kumpulan pejuang ini.?

Sebaik saja serangan Zionis bermula, Ezzeldin Al-Qassam segera mengedarkan bahan letupan dan roket buatan sendiri kepada para pejuang dari kumpulan lain untuk digunakan ke atas tentera Zionis, sumber itu berkata.?Kumpulan Palestine berazam untuk menggagalkan usaha Zionis itu, ? Abu Ahmed, ahli kumpulan Saraya A-Quds, sayap bersenjata Islamic Jihad memberitahu IOL.
Dia turut memberitahu yang lebih dari 70 pengebom berani mati telah digerakkan ke Semenanjung Gaza untuk ?mengajar musuh (Zionis) tentang pengorbanan diri.