Operasi Ketenteraan Zionis-Israel Untuk Jatuhkan Kerajaan Hamas

Jumaat, 30/06/2006 – Gerakan Islam Hamas menegaskan bahawa tujuan operasi ketenteraann Zionis-Israel adalah untuk menjatuhkan kerajaan Palestin, dan bukan untuk menyelamatkan tentera Zionis-Israel yang ditahan oleh pejuang Palestin.

Sami Abu Zuhri, menegaskan bahawa tindakan zalim tentera Zionis-Israel yang menangkap 9 menteri dan 21 orang anggota Parlimen Palestin adalah bertujuan menjatuhkan pemerintahan kerajaan Hamas dan terus mengadakan huru-hara. Alasan Zionis-Israel untuk menyelamatkan seorang tentera yang diculik adalah tidak logik sama sekali.

Beliau menambah lagi, dengan melihat kebisuan masyarakat antarabangsa ke atas kezaliman Zionis-Israel membuktikan ada kuasa besar yang terlibat dalam kejadian yang tidak demokratik ini.

Dalam pada itu, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru kepada semua negara-negara Islam, OIC, Liga Arab, PBB serta masyarakat antarabangsa agar dapat kembali memainkan peranan mereka bagi membantah sikap biadap rejim Zionis yang telah bertindak melampaui batas-batas kemanusiaan dengan menceroboh serta terus menerus membunuh umat Islam Palestin dengan kejam dan zalim.