Categories
Berita Semasa

Kumpulan Lelaki Bersenjata Letupkan Paip Gas Mesir

Rabu , 30/11/2011 – Pada waktu subuh hari Isnin, sekumpulan lelaki bersenjata telah meletupkan sebuah bahan letupan pada paip gas Mesir, yang merupakan sumber gas bagi Israel dan Jordan. Letupan tersebut berlaku beberapa jam sebelum pilihanraya perundangan Mesir yang pertama semenjak Hosni Mubarak digulingkan dalam revolusi yang berlaku awal tahun ini.

Agensi Berita rasmi Timur Tengah (MENA) melaporkan bahawa kumpulan lelaki bersenjata yang bertopeng telah menanam dan meletupkan bahan letupan tersebut yang meyasarkan paip di kawasan barat Al Arish, di bahagian utara semenanjung Sinai.

Seorang pengawal rasmi rakyat Mesir memberitahu media Perancis bahawa, beberapa saat selepas letupan yang pertama, sebuah lagi letupan menyusul mengenai paip yang terletak pada jarak 100 meter.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  amsyar