Categories
Berita Semasa

Israel Luluskan Pembinaan di Penempatan Shilo

Rabu , 30/11/2011 – Kementerian Perumahan dan Kementerian Pertahanan Israel telah meluluskan 2 pelan untuk membina 119 unit rumah di penempatan haram Shilo, yang terletak di utara bahagian tengah Tebing Barat, di bandar Ramallah.

Media Israel, Ynet melaporkan pelan tersebut didedahkan apabila Gerakan Israel “Peace Now” memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Israel, lapan bulan lalu, setelah 40 unit siap dibina.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pertahanan mendakwa pembinaan tersebut bukanlah termasuk di dalam pelan baru, dan sebarang pelan baru memerlukan permit berasingan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  blindstep