Jumaat, 30/06/2006 –
Beberapa minggu lalu Israel merayakan hari kemunculannya yang ke 58. Pada 25 Mei
1948, David Ben Gorion mendirikan negara Israel di atas 78% tanah Palestin yang
bersejarah. Beberapa saat kemudian, David Ben Gorion tertanya-tanya tentang
kemampuan dan potensi pemerintah Israel masa hadapan dalam menarik perhatian warga
Yahudi yang berada di 95 negara di dunia ke negara ?Israel?. Pada ketika itu
simbol-simbol dikibarkan untuk menarik majoriti Yahudi dunia ke Israel.
Beberapa pusat penyelidikan dan data statistik Israel mendapati bahawa jumlah Yahudi negara Israel didirikan. Antara tahun 1948
hingga 1960 adalah masa keemasan bagi peningkatan jumlah kemasukan Yahudi yang telah
menyumbangkan 65% bagi jumlah penduduk Israel.
Jumlahnya menurun secara mendadak pada tahun 1970an kerana menurunnya faktor-faktor
tertentu. Bersamaan dengan hancurnya Kesatuan Soviet awal tahun 1970an, Israel
berjaya menarik jutaan Yahudi Rusia ke wilayah Palestin jajahan Israel. Antara 1991
? 2001 jumlah warga Yahudi dari bangsa ini meningkat hingga 69% yang merupakan
jumlah terbesar Yahudi di Israel.
Dengan menurunnya angka kemasukan Yahudi Rusia selama beberapa tahun kebelakangan,
Israel berusaha mewujudkan janji-janji manis untuk menarik Yahudi Argentina,
Perancis, dan sebahagian Yahudi di negara-negara Asia seperti Iran.
Namun banyak halangan mendasar bagi mewujudkan impian ini. Antara faktor yang
menghalang Yahudi di luar Israel enggan datang ke Israel seperti di Amerika
Syarikat, Perancis dan Britain adalah kerana mereka sudah mempunyai kedudukan
ekonomi dan sosial yang kukuh dan jauh lebih baik dari di Israel berdasarkan laporan
dari PBB hingga tahun 2005. Disamping itu tidak ada faktor yang mampu menarik warga
Yahudi datang ke Israel kerana faktor ketidakstabilan di sana terutama dalam
tahun-tahun Intifadhah.
Setelah 58 tahun Israel berdiri (1948-2006), pemerintah Israel yang silih berganti
kepemimpinannya tidak mampu menarik warga Yahudi di luar Israel selain hanya 5.6
juta dari 13 juta Yahudi di seluruh dunia. Ini merupakan perimbangan demografi.
Israel sendiri mengiktiraf kemasukan secara rasmi setelah mereka tinggal di Israel
selama empat tahun. Mereka yang baru tiba di Israel akan mendapatkan bantuan ribuan
dollar agar tujuan menyeimbangkan demografi dengan Palestin dan menjamin kewujudan
Yahudi di negara Israel.
Penting untuk dinyatakan di sini, penurunan impian kependudukan Israel kerana
ketidakmampun menarik Yahudi dunia adalah faktor dipercepatkan pembinaan tembok
perkauman Israel di Tebing Barat. Pada hal slogan Israel sejak tahun 1948 adalah”Sempadanmu wahai Israel dari sungai Furat hingga sungai Nil”.