Rejim Zionis telah menahan 1000 pekerja Palestin

Jumaat, 30/06/2006 –

Tentera rejim Zionis telah menahan lebih daripada 1000 orang pekerja rakyat Palestin sejak awal minggu ini di dalam kawasan garis hijau ataupun tanah yang dikuasai sejak tahun 1948 dengan alasan bahawa pekerja-pekerja ini tidak mempunyai permit pekerjaan.

Tentera rejim Zionis selalu menahan ratusan dan adakalanya ribuan penduduk Tebing Barat yang mempertaruhkan diri ke kawasan garis hijau tersebut bagi mendapatkan pekerjaan demi menyara keluarga. Persatuan perdagangan pekerja Islam mengecam polisi Israel terhadap pekerja-pekerja tersebut dan mengatakan ia adalah sebagai usaha Tel Aviv untuk memaksa penduduk itu tunduk kepada arahan tentera Israel. Persatuan ini menggesa semua institusi yang sah, persatuan hak asasi manusia dan pertubuhan antarabangsa agar memberi sokongan kepada pekerja rakyat Palestin, memberitahu kesengsaraan mereka kepada dunia dan memdedahkan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka.