
Rabu , 30/11/2011 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya telah menghubungi Perdana Menteri Tunisia, Hamadi Al-Jibali melalui telefon pada hari Ahad lalu dan menjemput beliau untuk melawat Gaza.
Haneyya mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya dari Tunisia berikutan kemenangan atas kehendak rakyatnya selepas pilihan raya dan pembentukan kerajaan. Bagi pihak Jibali pula, beliau mengucapkan terima kasih kepada Haneyya atas panggilan dan memuji kesabaran rakyat Palestin yang menjadi inspirasi kepada revolusi Arab.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz