Categories
Berita Semasa

Bot-bot bersenjata Israel tahan dua nelayan Palestin

Rabu , 30/11/2011 – Bot-bot bersenjata Israel menculik dua nelayan Palestin di luar pantai Kem Pelarian Shati di barat Gaza pada petang Isnin.

Sumber di kalangan nelayan Palestin memberitahu wartawan PIC bahawa bot tentera laut Israel mengejar bot nelayan Palestin dan mengarahkannya ke lokasi yang tidak diketahui. Manakala tentera rejim Israel menahan seorang pensyarah dari Baitulmuqaddis di rumahnya di Beit Hanina di utara Baitulmuqaddis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati