Rejim Zionis menculik menteri-menteri PA dan penggubal undang-undang Hamas.

Jumaat, 30/06/2006 –

Di saat dunia masih belum membuka matanya, tentera Israel telah terlebih dahulu menyerbu beberapa Bandar di Tebing Barat. Mereka menculik beberapa orang menteri PA serta beberapa orang ahli majlis undangan Hamas lewat Rabu lalu dan awal pagi Khamis ini.

Menteri Kewangan, Dr. Omar Abdul Razek , Menteri Perancangan, Dr. Sameer Abu Aisha, Menteri Hal Ehwal Quds, Khaled Abu Arafa, Menteri Hal Ehwal Tahanan, Wasfi Qabaha, Menteri Kerajaan Tempatan, Esa Al-Jabari, Menteri Hal Ehwal Sosial, Fakhri Turkman, Menteri Buruh, Mohammed Al-Barghouthi dan Menteri Hal Ehwal Agama, Sheikh Nayef Al-Rejoub telah diculik secara berasingan selepas sekumpulan tentera rejim Zionis menyerbu kediaman mereka.

Sumber juga mendedahkan bahawa penggubal undang-undang Hamas dan pemimpin politiknya di Baitulmaqdis, Ramallah, Al-Khalil, Jenin, Salfit dan Qalqilia telah ditangkap di bawah kekejaman undang-undang antarabangsa serta prinsip demokrasi. Saksi di Ramallah mengesahkan bahawa kereta perisai dan tentera Israel telah mengepung rumah jurucakap PLC, Dr. Aziz Duwaik dan setiausaha PLC, Dr. Mahmoud Al-Ramahi, meminta mereka menyerah diri. Lebih ramai pemimpin Hamas dan Datuk Bandar yang dipilih temasuk jurucakap pergerakan itu di Tebing Barat dan yang terbaru Datuk Bandar Qalqilia, Sheikh Wajih Qawwas ditahan seperti itu.

Menteri Dalam Negeri Israel ,Eliyuha Ben Eliezer dengan angkuhnya mengugut akan menangkap separuh daripada anggota kabinet Hamas dalam menuntut pembebasan seorang askar kerahan IOF yang ditangkap semasa pertempuran di pengkalan IOF di sempadan Kerem Shalom, tenggara Rafah.

Dua lagi rakyat Palestin telah ditangkap Rabu lalu di Balo, sebuah pekan di Bandar Ramallah ketika pasukan khas rejim Zionis menggeledah rumah penduduk di situ sebelum membuat penangkapan tersebut.