Categories
Berita Semasa

Israel Luluskan 650 Unit Penempatan di Pisgat Ze’ev

Rabu , 07/12/2011 – Jawatankuasa Perancangan dan Pembanggunan Daerah Israel telah meluluskan pembinaan 650 unit kediaman di penempatan Pisgat Ze’ev dekat Bandar Baitulmaqqadis. Penempatan tersebut, dibangunkan pertama kali pada tahun 1985, dan dibangunkan pada tanah kepunyaan penduduk perkampungan di Beit Hamina dan Hizma, di Utara Baitulmaqqadis.

Khalil At-Tafakji, seorang rakyat Palestin yang pakar dalam pemetaan dan penempatan melaporkan bahawa rancangan tersebut telah diluluskan secara rasmi dan pembinaan projek tersebut telah disiarkan di dalam surat khabar rasmi Israel, dibawah projek #11647, bagi tujuan rayuan.

Tafakji menyatakan yang unit tersebut adalah sebahagian daripada rancangan mega itu yang menyasarkan pembinaan 58,000 unit pada tahun 2030, selepas tarikh akhir sebenarnya berakhir pada tahun 2020.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada