Categories
Berita Semasa

Hamas kecam projek Zionis untuk bina taman dekat Bukit Mashareef di Quds

Jumaat , 09/12/2011 – Hamas mengecam keputusan Zionis untuk meneruskan projek membina taman awam di atas tanah Palestin dekat kawasan di antara Bandar Tour dna Esawiyah dari selatan bandar Quds.

Hamas berkata dalam kenyataanya pada hari Selasa (6 December) untuk Pusat Informasi Palestin, “Hamas sentiasa menentang sekeras-kerasnya tindakan Zionis yang mencuri tanah Palestin, menghacurkan petempatan penduduk Al-Quds untuk membina petempatan haram mereka, yang sememangnya mencabuli segala hak dan undang-undang antarabangsa, politik mereka yang racist terhadap rakyat Palestin di Al-Quds dan tindakan mereka mengubah sesuka hati struktur Al-Quds.”

Hamas menambah, “politik Zionis yang merampas tanah ini dan menrosakkan petempatan penduduk Al-Quds tidak akan mengubah pendirian kami tetapi sebaliknya menguatkan lagi rakyat kami untuk terus memperjuangkan hak-hak Al-Quds.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen