
Jumaat , 09/12/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah mara beratus-ratus meter ke dalam wilayah utara Gaza yang terletak di timur Bandar Beit Hanun menjelang Subuh pada Selasa lepas, kata sumber tempatan.
Mereka memberitahu wartawan Pusat Informasi Palestin telah melepaskan tembakan rambang ke arah kawasan kediaman penduduk yang berhampiran.
Sementara itu, kapal berkelengkapan senjata milik tentera laut rejim Zionis telah melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan Palestin di Selat Sudaniya yang terletak di barat laut Gaza. Walaubagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa