Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnahkan Sebuah Lagi Rumah di Timur Baitulmaqdis

Jumaat , 09/12/2011 – Sumber Palestin melaporkan tentera Israel telah merobohkan sebuat rumah warga Palestin di kejiranan Al Khalayla, terletak utara dari jajahan takluk Timur Baitulmaqdis pada pagi Selasa. Rumah tersebut adalah yang ketiga dimusnahkan dalam masa 24 jam.

Saksi memberitahu rumah bersaiz 70 meter persegi tersebut didiami oleh Khamees Ad-Dado dan 8 orang ahli keluarganya.

Rumah tersebut adalah yang ketiga dimusnahkan oleh tentera di penempatan haram Timur Baitulmaqdis dalam masa 24 jam. Pada hari Isnin, tentera memusnahkan sebuah rumah yang dimiliki oleh Majdi As-Salayma, di kediaman Al Ashqariyya bandar tersebut. 6 orang ahli keluarga mendiami rumah berkenaan sebelum dirobohkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep