
Jumaat , 09/12/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya serangan pendatang Yahudi terhadap masjid di kampung Brukin barat Salfit dan mendakwa tentera rejim Israel bertanggungjawab terhadap serangan jenayah itu.
Hamas, dalam satu kenyataannya pada Rabu berkata serangan itu bertentangan dengan ajaran agama serta undang-undang antarabangsa.
Gerakan tersebut meminta kerjasama dari organisasi Islam dan hak asasi untuk melindungi kota suci daripada pendatang dan tentera.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati