Categories
Berita Semasa

Percubaan Pendatang Israel untuk membakar Masjid Bersejarah di Jerusalem, membuat grafiti anti-Islam dengan semburan cat.

Jumaat , 16/12/2011 – Pada lewat malam Selasa, sekumpulan pendatang Israel telah membuat percubaan untuk membakar Masjid Akasha Bin Mohsin yang kini telah terbiar. Mereka gagal untuk mendapat kebenaran masuk, dan membakar bahagian luar, dan membuat grafiti termasuklah “Mohammed ialah seekor khinzir” pada dinding hitam dengan menggunakan semburan cat.

Masjid tersebut yang telah dikosongkan pada tahun 2003, terletak di Jerusalem Barat bertentangan dengan Lorong Jaffa, dan simbolik kawasan pengkebumian pejuang Islam, Akasha Bin Mohsin (Pengikut Nabi Muhammad S.A.W pada abad ke 10). Ummat Islam percaya bahawa dia telah dibunuh dalam pertempuran, dan disucikan oleh malaikat-malaikat di antara bumi dan syurga. Bangunan tersebut masih mempunyai sebuah menara, tetapi kini dijadikan sebagai ruang simpanan oleh majlis bandaran.

Polis Israel telah mengepung Masjid tersebut dan juga laluan ke situ, dan pihak berkuasa Israel mengatakan bahawa satu siasatan berkenaan kejadian itu akan dijalankan. Buat masa ini, tidak ada sebarang suspek yang telah ditahan atau disoal siasat, dan tidak ada sebarang bukti yang sah.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar