Categories
Berita Semasa

Fayyad Tegaskan Keahlian UNESCO Langkah Penting

Jumaat , 16/12/2011 – Semasa penyertaannya di dalam upacara memasang lampu pokok krismas di pusat bandar Ramallah Tebing Barat, Perdana Menteri Palestin, Dr Salaam Fayyad, menyatakan kibaran bendera Palestin di ibu pejabat UNESCO adalah satu langkah penting. Beliau mendakwa ia akan diikuti dengan beberapa langkah serupa, iaitu sehingga bendera Palestin dikibarkan di semua masjid dan gereja di Baitulmaqdis, dan di negara-negara seluruh dunia.

Dr Fayyad memberikan ucapan Krismas kepada semua penduduk Kristian seluruh dunia, dan menegaskan Krismas bukan sahaja perayaan penting kaum Kristian, bahkan ia adalah perayaan seluruh warga Palestin, Muslim, dan Samaria.

“Dengan meraikan Krismas dan mesej mulianya, kami memperbaharui ikrar untuk tanah Nabi Isa; tanah cinta dan keamanan,” kata Fayyad. “Dengan meraikan perayaan penting ini setiap tahun, kita meraikan kesungguhan kita untuk mendirikan negara Palestin yang merdeka dan bebas, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  blindstep