Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi baling batu ke arah kereta rakyat Palestin, cederakan bayi perempuan

Jumaat , 16/12/2011 – Peneroka Yahudi telah membaling batu ke arah kereta warga Palestin di sebelah timur Qalqilia Selasa lalu dan mencederakan tiga orang awam termasuk seorang bayi perempuan berusia setengah tahun, kata sumber tempatan.

Mereka berkata Adnan Suwan dari kampung Amatin berada dalam kereta berhampiran penempatan peneroka dan tiba-tiba sekumpulan dari mereka membaling batu ke arah keretanya sehingga cermin tingkap depan pecah.

Menurut sumber itu, seorang bayi dan dua warga yang lain cedera dan telah dibawa ke hospital.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

2 replies on “Peneroka Yahudi baling batu ke arah kereta rakyat Palestin, cederakan bayi perempuan”

Comments are closed.