
Selasa , 20/12/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah meranapkan 4 buah rumah penduduk Palestin di Makhrur, yang terletak di bandar Beit Jala, utara Baitulaham pada Selasa lalu tanpa memberi sebarang notis awal, kata sumber tempatan.
Nadim San’an, Pengarah Majlis Perbandaran Beit Jala berkata bahawa jentolak- jentolak milik IOF telah meranapkan 4 buah rumah yang baru diperbaiki. Petani-petani menggunakan rumah-rumah tersebut semasa mereka bertani di tanah masing-masing.
Menurutnya lagi, para pemilik rumah-rumah terbabit tidak dimaklumkan terlebih dahulu bahawa rumah mereka akan dirobohkan dan ini adalah salah satu usaha IOF menghalang para petani daripada mengusahakan tanah masing-masing. Makhrur terletak berdekatan dengan terowong-terowong yang dibina antara Jerusalem dan
kompleks penempatan haram Kfar Etzion.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa