Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bakar masjid di Burqa, rejim Israel tutup daerah Nablus

Selasa , 20/12/2011 – Pendatang pelampau Israel pada Khamis memulakan kebakaran di masjid al-Noor di Kampung Burqa timur Ramallah di selatan Tebing Barat, sehari selepas pendatang membakar masjid Okasha di Baitulmuqaddis dalam satu siri keganasan terhadap rakyat Palestin dan kawasan suci sejak awal tahun ini.

Sumber tempatan memberitahu wakil PIC bahawa mereka mendapati tingkat bawah dan tingkat pertama masjid terbakar apabila mereka ingin menunaikan solat subuh di masjid. Mereka mula memadamkan kebakaran
tersebut, namun kerosakan tela h banyak berlaku.

Mereka menambah, bahawa mereka menjumpai slogan-slogan menghina ditulis dalam bahasa Hebrew pada tembok dinding.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati