Categories
Berita Semasa

Hamas Seru Hadapi Serangan Israel Terhadap Masjid

Selasa , 20/12/2011 – Hamas memperingatkan Israel supaya menghentikan kejahatannya terhadap tempat suci dan masjid di Tebing Barat. Hamas menuding Israel bertanggungjawab penuh atas kesan yang ditimbulkannya.

Daripada maklumat yang diterima Khamis (15/12) Hamas menegaskan bahawa pembakaran Masjid an-Nur di desa Barqas, wilayah Timur Ramallah Tebing Barat. Hamas menyebutkan bahawa bangsa Palestin tidak gentar menghadapi kebijakan ini dan tidak akan berdiam diri terhadap tindakan serangan Israel.

Hamas menyatakan, tindakan Israel dan penduduknya memerangi rumah Allah merupakan pelanggaran nyata terhadap syariat langit dan menentang norma dan hukum antarabangsa.
Hamas menyeru agar segenap rakyat Palestin untuk bersatu membangun barisan menghadapi kejahatan Israel ini. Hamas juga menyeru kepada seluruh negara-negara Arab dan OIC untuk segera bertindak melindungi masjid dan tempat suci dari kejahatan Israel dan penduduk Yahudi.

sumber : COMES
penterjemah : osman