Categories
Berita Semasa

Penceroboh Dijatuhi Hukuman Tiga Bulan Khidmat Awam Kerana Berulang-kali Menyerang Rakyat Palestin

Khamis , 22/12/2011 – Mahkamah Daerah Israel di Jerusalem menjatuhkan hukuman ke atas seorang penceroboh, yang merempuh dan berkali-kali melanggar seorang rakyat Palestin yang cedera dengan keretanya, tiga bulan “Perkhidmatan Awam”.

Rakyat Palestin tersebut telah dikenalpasti Waseem Maswada, seorang penduduk di selatan bandar Tebing Barat Hebron. Maswada bergegas ke penempatan Keryat Arba’ di Hebron, dan terus menikam dua orang penceroboh, leleki dan wanita.

Tentera Isreal kemudiannya menembak Maswada, dan tercedera, lalu rebah ke tanah.

Tidak lama selepas tembakan berlaku, penceroboh “David Mizrahi” menyerang penceroboh lelaki yang tercedera, tersilap dengan rakyat Palestin. Selepas menyedari kesilapannya, dia memandu keretanya dan merempuh berkali-kali rakyat Palestin yang cedera walaupun menyedari kehadiran tentera Israel di tempat kejadian.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas