Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Memecah Masuk Rumah Ahli Lembaga IMEMC

Khamis , 22/12/2011 – Tentera Israel telah memecah masuk rumah Saher Al-Sous, di Beit Sahour, berhampiran Bethlehem. Al-Sous merupakan ahli lembaga Pusat Penyesuaian Kemanusiaan Palestin, pengasas kepada organisasi Pusat Media Antarabangsa Timur Tengah (IMEMC).

Pada pukul 3.30 pagi, tentera Israel memecahkan pintu sepupu Al-Sous dengan pangkal senapang menunjukkan keganasan terhadap kanak-kanak dan ibu mereka, ketika si bapa ke luar bandar untuk urusan perniagaan.

Setelah menyedari kesilapan mereka, mereka bergegas ke rumah Saher dan membangunkan keseluruhan ahli keluarga untuk menangkap Saher dengan jaminan satu temu bual bersama pegawai perisikan Israel yang dikenal pasti sebagai “Leor”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas