Categories
Berita Semasa

PHCR Mengutuk Pencegahan Perwakilan Perubatan Meninggalkan Gaza

Khamis , 22/12/2011 – PHCR mengutuk tindakan menghalang Perwakilan Perubatan meneruskan perjalanan melalui Lintasan Beit Hanoun (Erez) oleh Kementerian Kesihatan Gaza.

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin mengutuk pencegahan yang dilakukan terhadap rombongan perubatan daripada meneruskan perjalanan melalui Lintasan Beit Hanoun (Erez) oleh Kementerian Kesihatan Gaza. Rombongan tersebut mengambil bahagian dalam persidangan perubatan di Jerusalem.

Menurut siasatan yang dijalankan oleh PHCR, pada kira-kira 13:00 hari Rabu, 07 Disember 2011, Dr Bassam al=Badri, Pengarah Jabatan Rawatan Luar Negeri, menerima panggilan telefon dari Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gaza, diberitahu bahawa beliau dan 4 orang ahli Jawatankuasa Tinggi Perubatan bagi Unit Rawatan Luar, yang dicalonkan oleh Kementerian Kesihatan, telah diharamkan daripada meneruskan perjalanan ke Jerusalem untuk mengambil bahagian dalam persidangan perubatan yang akan diadakan pada 08 dan 09 Disember 2011.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas