
Khamis , 22/12/2011 – Sumber Perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan bahawa salah seorang penduduk tempatan cedera parah pada pagi hari Rabu, selepas tentera Israel melepaskan tembakan kepadanya di timur bandar Gaza.
Sumber-sumber menyatakan bahawa penduduk tersebut, berusia lingkungan dua puluhan, ditembak di paha, dan telah dipindahkan ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Pada hari Selasa, dua rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, cedera selepas tentera Israel menyerang di kawasan kem pelarian Al-Boreij, di tengah Gaza.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas