Categories
Berita Semasa

Barak Gelar Perusuh” Pengganas Yahudi” Selepas Pertempuran Dengan Penduduk Berhaluan Kanan di Baitulmaqdis.

Khamis , 22/12/2011 – Remaja Israel yang berhaluan kanan terus menyerang harta-benda dan tempat suci Yahudi untuk tiga hari berturut-turut. Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memberitahu Radio Tentera bahawa beliau menyifatkan serangan tersebut adalah perbuatan ” pengganas Yahudi”.

Dalam pertempuran tersebut, polis Israel cuba menahan beberapa remaja Israel berhaluan kanan di Baitulmaqdis bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian kebakaran masjid, malam semalam. Remaja-remaja tersebut membalas dengan memecahkan tayar dan merosakkan kereta polis.

Menurut orang awam, polis tiba di kediaman yang didiami oleh penduduk Israel berhaluan kanan yang telah diusir dari penempatan Yitzhar kerana mencetuskan rusuhan ganas disana. Sejurus selepas polis tiba, puluhan penduduk berhaluan kanan berkumpul disekeliling kejiranan tersebut bagi menghalang polis memasuki kediaman mereka dan mula merusuh.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon