
Khamis , 22/12/2011 – Institut Dhameer bagi tahanan Palestin berkata bahawa IOF menahan lebih daripada dua puluhpenduduk Palestin Jerusalem sejak pembukaan pos tentera Sha’fat ke utara Jerusalem yang dijajah, minggu yang lalu.
Institut itu berkata, dalam satu kenyataan pada hari Isnin, bahawakadar tangkapan telah nyata meningkat sejak pembukaanpersimpangan baru yang memisahkan kem pelarian Sha’fat dankawasan-kawasan perumahan di sekitarnya dari kota Jerusalem.Organisasi itu berkata bahawa 21 rakyat Palestin telah ditangkap, 11daripada mereka adalah kanak-kanak.
Mereka menambah bahawa minggu lepas menyaksikan peningkatanyang ketara dalam serangan IOF terhadap kanak-kanak dan remajakem pelarian Sha’fat. Beberapa belia mereka telah dipukul olehtentera IOF dan ditangkap atas alasan bahawa mereka mengambil bahagian dalam demonstrasi dan membaling batu ke arah askarpenjajah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen