Categories
Berita Semasa

Zionis tahan 21 penduduk Quds, separuh darinya kanak-kanak

Khamis , 22/12/2011 – Pertubuhan Ad-Dhomir yang memeprjuangkan tahanan Palestin menyebut bahawa Zionis telah menahan lebih dari 20 penduduk Al-Quds semenjak pembukaan laluan Ketenteraan Baru Sha’fat, dari utara Bandar Al-Quds seminggu lalu.

Pertubuhan itu menjelaskan dalam sidang media hari Isnin (19 Disember), tindakan Zionis menahan penduduk semakin menjadi-jadi terutamanya selepas laluan baru tersebut dibuka yang menghubungkan di antara Kem Sha’fat dengan bandaraya disekitar Al-Quds, dan menyatakan bilangan terkini penangkapan adalah seramai 21 orang penduduk Palestin, termasuk 11 kanak-kanak, di kawasan laluan tersebut.

Ad-Dhomir memberitahu bahawa mereka menyaksikan di sepanjang minggu ini, peningkatan mendadak kekejaman Zionis terhadap kanak-kanak dan pemuda dari kawasan Kem Sha’fat. Zionis bertindak membelasah mereka dan menahan yang lain dengan tuduhan bahawa kanak-kanak tersebut menggangu mereka dengan batu dan menyerang seorang polis Zionis, serta penglibatan mereka di dalam demosntrasi serta tunjuk perasaan protes.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen