Khamis , 22/12/2011 – Para pendatang Yahudi menconteng pintu masuk Masjid Sahaba, di Kampung Bani Naim di timur al-Khalil, dengan contengan perkauman yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
Imam Masjid Jihad Manasrah berkata pendatang Yahudi menulis pada tembok masjid kata-kata menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W serta ancaman terhadap rakyat Palestin.
Manasrah berkata serangan tersebut berlaku pada waktu malam dan disedari ketika para Muslim tiba di masjid untuk menunaikan solat Subuh. Tulisan pada dinding itu ditandatangani oleh “Organisasi Pemuda Yitzhar”. Yitzhar ialah penempatan berdekatan kampung. Para penyerang itu memberi amaran tentang serangan akan datang yang merupakan sebahagian kempen yang mereka namakan “tanda harga”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati